Abu Bakar As-Siddiq
·
Orang
yang membenarkan perjalanan Isra' Mi'raj Rasul SAW sehingga diberi gelaran
As-Siddiq.
·
Dicatat
dalam surah At-Taubah, ayat ke-40.
·
Digelar
oleh Ali RA sebagai manusia paling berani di muka bumi.
·
Seumur
hidupnya beliau tidak pernah bersyair dan meminum arak.
Zubair bin Al-’Awwam
·
Orang pertama yang menghunuskan pedangnya di
jalan Allah.
·
Disiksa oleh bapak saudaranya dengan
menggantungnya terbalik di dalam gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya
beliau kembali kafir.
·
Umar RA menghantarnya sebagai perajurit yang
bernilai seribu perajurit bagi membantu tentara Amru Al-As RA menentang tentara
Rom.
Saad bin
Waqas
·
Terkenal dengan panahannya yang sentiasa tepat
dan doanya yang bagaikan pedang yang tajam.
·
Diuji dengan mogok lapar ibunya yang memaksanya
kembali kepada kekafiran.
·
Dicatat dalam surah Luqman ayat ke-15.
·
Memimpin pasukan islam menentang tentera parsi
ketika pemerintahan Umar RA.
Abu
‘Ubaidah Al-Jarrah
·
Digelar Rasul SAW sebagai seorang kepercayaan
umat ini.
·
Dicatat dalam surah Al-Mujadilah ayat ke-22 di
atas peristiwa beliau mengorbankan ayahnya dalam perang Uhud.
·
Gigi-giginya tercabut akibat daripada menggigit
rantai besi yang tertusuk ke dalam pipi Rasululluah SAW.
Ali bin
Abi Talib
·
Digelar singa Allah yang dimuliakan wajahnya.
Berjaya memecahkan benteng pertahanan Khaibar, pertahanan terakhir Yahudi.
·
Dimuliakan oleh Rasul SAW sebagai gerbang kota
ilmu.
·
Terkenal dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan
ilmu peperangan selain Umar RA.
Uthman
bin ‘Affan
·
Digelar Zunnur'ain (pemilik dua cahaya).
·
Disifatkan Rasul SAW sebagai lelaki yang
malaikat malu terhadapnya.
·
Membeli telaga berharga 20,000 dirham daripada
lelaki Yahudi untuk kegunaan umat Islam yang sedang berhijrah ke Madinah.
·
Mengumpulkan Al-Qur'an dalam satu mushaf utama
semasa pemerintahannya.
Umar
Al-Khattab
·
Digelar oleh Rasul SAW sebagai Al-Faruq
(pemisah antara hak dan batil).
·
Dikatakan bahwa iIlam sentiasa berada dalam
kemenangan setelah ke-Islaman beliau.
·
Para sahabat berpendapat bahawa beliau
menguasai 9 daripada 10 cabang ilmu.
·
Mengembangkan Islam dari Timur ke Barat dalam
masa yang singkat.
Abdurrahman
bin ‘Auf
·
Terkenal sebagai seorang sahabat yang paling
dermawan.
·
Didoakan keberkahan hartanya oleh Rasul SAW
sehingga beliau mengibaratkan kekayaannya seumpama menemukan emas dan perak
apabila beliau mengangkat sebuah batu.
·
Satu-satunya sahabat yang pernah menjadi imam
sholat Rasul SAW.
Talhah
bin Ubaidillah
·
Disiksa oleh ibu dan keluarganya sendiri supaya
kembali kafir.
·
Diikat dan dipukul bersama-sama Abu Bakar RA
oleh kaum Quraisy sehingga keduanya digelar Al-Qarinain (sepasang sahabat yang
terikat).
·
Digelar ‘Syahid yang hidup’, ’Talhah yang baik’
dan Talhah yang dermawan’.
·
Lebih 70 kesan luka dan jari-jarinya putus
karena mempertahankan nabi.
Sa’id bin
Zaid
·
Beliau dan isterinya, Fatimah binti Khattab RA
berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar RA.
·
Menyertai kebanyakan perang menentang Rom,
Kisra dan juga Parsi.
·
Diangkat menjadi pemerintah Damsyik oleh Abu
Ubaidah RA.
·
Doanya ketika teraniaya oleh seorang wanita
yang memfitnah dirinya dimakbulkan Allah, wanita itu menjadi buta dan mati.
No comments:
Post a Comment